Pada yang belum tahu langsung mengenai The New iPad ini, boleh lah baca artikel yang Shibli tulis baru baru ini. [“The New iPad” : 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu]. Review kali ini ringkas sahaja, kerana apa yang ada pada The New iPad ini telah ditulis pada artikel tersebut.
Shibli bersama beberapa rakan berjumpa dan beratur di Machines Suria KLCC pada 21 April yang lepas. Kami datang seawal pukul 4.00 pagi, punyalah bersemangat nak dapatkan The New iPad ini. Antara yang beratur bersama Shibli pada hari tersebut adalah beberapa fanboy Apple seperti Syamil, Irsyad dan founder Oh! Media, saudara Khai sendiri.

Oleh : Shibli Nuqman
Baguskah “The New iPad” ini? Berbaloikah untuk anda membelinya? Apple baru sahaja menunjukkan tablet generasi ketiga mereka yang dinamakan “The New iPad”. Kenapa bukan iPad3? Kenapa bukan iPadHD? Phil Schiller memberitahu dalam satu temubual bersama Wall Street Journal bahawa mereka tidak mahu Apple menjadi “predictable” dan melakukan pembaharuan. Walau apa pun nama yang diberikan, sudah tentu ramai pencinta teknologi seluruh dunia mahu memiliki iPad baru ini bukan?
Terdapat banyak peningkatan di dalam iPad generasi ketiga ini. Ada yang ketara (Retina Display, Camera) dan ada yang biasa dan tidak diberitahu dalam keynote (Bluetooth 4.0, Battery).
Masih banyak yang boleh diperbaiki sebelum Apple membawa iPad ke suatu tahap yang lebih jauh. Sebab itu lah The New iPad ini masih mengekalkan design yang hampir sama dengan iPad2 dan bukannya design baru dan mempunyai apa apa inovasi baru yang mengejutkan. Apple juga mengekalkan harga yang sama dengan iPad2 iaitu bermula dari Rm1499 walaupun mempunyai skrin, kamera dan cip pemprosesan yang lebih hebat.
Berbaloikah untuk membeli The New iPad? Atau beli sahaja iPad2 yang kini lebih murah dengan harga dari Rm1199? Mari kita tengok apa yang ada pada The New iPad ini.

Adakah jari anda cukup pantas untuk menyentuh seekor katak? 24 level untuk dimainkan melibatkan kepantasan pengguna. Parachute gliding, car-racing, frog-popping fun. Penuh dengan keseronokan dan debaran. Setelah semua game dah di’unlock’, user boleh main berulang kali untuk memaksimakan pencapaian.Sebenarnya admin pun dah ketagih dengan Apps ni. Berikut adalah trailer video apps Tap The Frog.
Walaupun apps ni sudah agak lama dikeluarkan, tapi ianya sangat addictive dan menyeronokan.Bak kata pengguna yang baru menceburi bidang “pengapplen” ni Nazatul:
“Semenjak menggunakan iphone, game ni yang membuatkan saya sangat addict dan menguji kepantasan dan reflex diri saya, small but powerfull games!”
Ok ayat tu memang sangat skema. :)Apps ni free untuk di download free d Apps Store.

Motorola, yang kini dimiliki oleh Google, mengeluarkan sebuah video membandingkan Google Voice pada Motorola RAZR dengan SIRI pada iPhone4S. Motorola RAZR nampak jauh lebih hebat di dalam video tersebut. Anda boleh lihat video tersebut di bawah ini :
Ya, Google Voice dapat mengalahkan SIRI. Betulkah apa yang diiklankan oleh Motorola dan Google ini? Shibli juga mempunyai Motorola RAZR dan iPhone 4S. Mari kita kaji.
Continue reading »
Setelah lebih seminggu menggunakan smartphone Android 4.0 terbaru dari Samsung (Google) Galaxy Nexus, sedikit perbandingan iPhone4S telahpun ditulis. Adakah Galaxy Nexus ini mampu membuatkan pengguna iPhone berhijrah kepada Android? Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui.
Ini adalah tutorial untuk Jailbreak iPhone4 anda yang menggunakan iOS 5.0.1. Tutorial ini untuk pengguna Windows. Kepada sesiapa yang memerlukan Unlock, sila jangan ikut tutorial ini. Tutorial ini hanya untuk Unlocked iPhone dan official set sahaja.


Sedikit kekecewaan, iPhone4S bukanlah iPhone5 seperti yang kita semua harapkan. Khabar angin seperti iPhone yang lebih nipis, skrin yang lebih besar dan berbagai ramalan masih belum sedia ditunjukkan oleh Apple lagi, setakat ini. iPhone4S hanya kemaskini daripada iPhone generasi sebelum ini iaitu iPhone4, tetapi masih mampu mengagumkan pengguna dan saingan dengan cip pemprosesan yang lebih hebat, sama seperti yang digunakan pada iPad2, kamera yang lebih hebat, pembantu maya ‘SIRI’ dan lain lain. Apple mengatakan bahawa iPhone4S adalah “The Most Amazing iPhone Yet”. Benarkah? Sudah tentu. Tetapi baca sampai habis untuk mengetahui sama ada berbaloikah untuk membeli iPhone4S ini.




















