Selamat sejahtera semua ! Anipz kembali lagi setelah beberapa hari bercuti di over sea dan kali ini, Anipz akan membuat satu tutorial untuk semua bagaimana untuk install Windows 7 pada Mac anda. Boleh ke install Windows dalam Mac ? Macam mana nak buat ? Haaa, ni nak ajar la ni macam mana…. Sebelum ini, pasti [...]
Selamat sejahtera semua ! Anipz kembali lagi setelah beberapa hari bercuti di over sea dan kali ini, Anipz akan membuat satu tutorial untuk semua bagaimana untuk install Windows 7 pada Mac anda. Boleh ke install Windows dalam Mac ? Macam mana nak buat ? Haaa, ni nak ajar la ni macam mana….

Sebelum ini, pasti ramai kawan-kawan yang mengejek anda semua ;
- “Pegi mati la Mac, cuba main Crysis tengok ! nak run Counter Strike pon belum tentu boleh. Tuihhh !!!”
- “Mac ? ade game ke kat Mac ? hahahahahaha ! loser giler !”
- “Hardware je terer, tapi tak guna untuk game buat apa, baik aku beli AlienWare lagi syok !”
- “Tak nak la guna Mac, nak buat kerja-kerja Windows Office pon susah”
- “Mac tak compatible la kat Malaysia ni wei !!”
Hmmm…bagaimana ? Sakit hati je dengar kan ? Tapi tak apa, diorang semua sebenarnya tak peka IT tu, diorang guna PC tak lain tak bukan untuk main game je lebih, buat kerja-kerja ni kurang sikit. Tak apa, mereka belum mencapai tahap kematangan dalam mengendalikan kepelbagaian komputer agaknya ? So, untuk menangani isu-isu seperti itu tadi, apa kata kita install je terus Windows dalam Mac ? So lepas ni boleh la kita guna Mac OSX dan Windows dalam satu komuter sahaja.
“Now it makes Mac the only computer you’ll ever need.”
APA ITU BOOT CAMP ?

Boot Camp adalah satu application yang sedia ada dalam semua Mac yang membolehkan anda untuk install Windows dalam Mac tanpa menganggu data dan kestabilan Mac OSX anda. Boot Camp secara basic-nya memecah bahagian hard drive anda kepada dua dengan kapasiti pilihan anda untuk Windows.
APA BEZA BOOT CAMP DENGAN PARALLEL ?
Parallel Desktop 6 for Mac $79.99 (RM240)
Parallel Desktop for Mac pula adalah sebuah software luar yang dijual pada harga lebih kurang RM240 yang mana pengguna boleh menggunakan Windows dan Mac OSX dalam satu skrin !
Perbezaan Boot Camp & Parallel :
- Boot Camp : Pilih OS mana yang mahu digunakan ketika boot up Mac. Percuma dalam setiap pembelian Mac OSX. Menggunakan 1 OS sahaja dalam satu masa yang sama tetapi mempunyai 2 OS dalam satu komputer.
- Parallel : Guna kedua-dua Windows dan Mac OSX dalam satu masa yang sama dan dalam satu skrin yang sama. Software luar.
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK BOOT CAMP ?
Persediaan awal amat diperlukan untuk memastikan proses Boot Camp berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Pastikan kesemua yang saya senaraikan ni diberi perhatian ye !
- Pastikan Mac OSX anda berada dalam updates yang terbaru. Pergi pada Software Updater untuk check updates terbaru Mac OSX anda.
- Windows 7 Installation DVD.
- Mac OSX Leopard / Snow Leopard installation DVD yang anda dapat dengan setiap pembelian Max OSX Leopard / Snow Leopard.
- Lebih kurang 30GB ruang lebih pada hard drive Mac anda. Anda boleh gunakan kurang daripada 30GB untuk Windows 7 tetapi mungkin ianya sangat kecil untuk install pelabagai program pada Windows kelak.
- Saya recommend semua untuk back up semua data-data Mac OSX anda pada Time Machine kerana proses ini menggunakan partition/pembahagian kapasiti hard drive, dan kemungkinan juga terjadi sebarang masalah yang tidak diduga.
- Jika proses Boot Camp berjalan lancar, lebih kurang sejam sahaja sudah boleh selesai, jika tidak, mungkin mengambil masa sehingga 5 jam !
- Kesabaran – sabar itu separuh daripada iman. Buku, Xbox/PS dan TV boleh menyelamatkan masa anda ketika proses sedang berjalan.
1. MARI MULAKAN ! CLOSE SEMUA APPS PADA MAC ANDA
Untuk memastikan proses Boot Camp berjalan lancar tanpa sebarang masalah, lagging atau crash ditengah jalan, close semua apps yang sedang running pada Mac anda.
2. OPEN BOOT CAMP ASSISTANT
Klik folder Applications. Folder ini sepatutnya berada di atas dock anda. Pergi pada Utilities.

Dalam Utilities, klik pada Boot Camp Assistant.

3. BOOT CAMP ASSISTANT
Setelah anda open Boot Camp Assistant dalam folder Utilities tadi, klik Continue. Kemudian anda akan jumpa window yang mempunyai checkbox seperti dibawah.

Klik pada checkbox kedua kerana anda mempunyai Mac OSX Leopard / Snow Leopard installation DVD bersama anda yang anda dapat dengan setiap pembelian Max OSX Leopard / Snow Leopard. Klik Continue.
4. PARTITION / PEMBAHAGIAN KAPASITI HARD DRIVE
Disini, anda diberi pilihan untuk menentukan seberapa besar kapisiti yang anda mahukan untuk Windows pada hard drive anda. Anda boleh pilih sekecil-kecil 5GB sehingga sebesar yang anda mahu. Kebiasaannya, Mac user selalunya menggunakan 1/3 daripada kapisiti hard drive mereka untuk Windows manakala 2/3 lagi semestinya untuk Mac OSX mereka. Sebagai contoh, jika kapasiti hard drive Macintosh HD mereka adalah 100GB, mereka akan peruntukkan lebih kurang 30GB sahaja untuk Windows.
p/s : Sudah tentu kita tidak memerlukan kapasiti yang terlalu besar untuk Windows kerana…come on, kita pakai Mac kan ???
Di window ini, anda akan jumpa ilustrasi ringkas untuk anda partitioning Macintosh HD anda kepada dua : Mac OSX dan Windows. Anda ada default partition setting yang sedia ada iaitu Divide Equally ataupun Use 32GB.

Ataupun anda boleh partition secara manual. Bagaimana ? Mudah sahaja. Nampak pada titik tengah diantara partition Mac OSX dan Windows ? Simply drag ke kiri atau ke kanan untuk membuat pilihan saiz kapasiti mengikut citarasa anda. Disini saya memilih 20GB untuk saiz kapasiti Windows yang akan saya gunakan.

Setelah berpuas hati dengan pilihan saiz kapasiti untuk Windows yang anda akan gunakan, klik sahaja pada Partition dengan penuh yakin !

Sekarang Macintosh HD sedang membuat partition/pembahagian saiz kapasiti mengikut citarasa anda tadi. Proses ini tidak mengambil masa yang lama biasanya.
POOFF !! Sekejap sahaja dah selesai. Kini, anda akan lihat pada desktop yang anda mempunyai dua hard drive. Yang terbaru diberi nama BOOTCAMP.

5. INSTALL WINDOWS 7 DVD
Perkara sebenar baru sahaja bermula. Masukkan Windows 7 Installation DVD dan klik pada Start Installation.

Setelah selesai install Windows 7, Mac anda akan restart dan akan terus boot kepada Windows 7 serta merta. Disini, anda akan ditanya partition mana yang anda mahu gunakan untuk install Windows 7. Klik pada BOOTCAMP pada kolum Name.
AMARAN ! : KLIK SELAIN DARIPADA BOOTCAMP PARTITION AKAN MENYEBABKAN ANDA KEHILANGAN KESEMUA DATA-DATA MAC OSX ANDA. SILA BERI PERHATIAN PADA LANGKAH INI !

Klik pada link Drive Options (Advanced).
Pastikan saiz kapasiti BOOTCAMP anda adalah betul yang ditunjukkan pada skrin. Setelah berpuas hati, klik Format.

Kemudian klik pada OK.

6. INSTALL WINDOWS 7 PADA BOOTCAMP HARD DRIVE
Sekarang Windows 7 sedang mula bekerja install pada partition BOOTCAMP. Proses ini sangat-sangat boring ! kerana Windows sedang bekerja copy itu, copy ini, install satu per satu. Jadi saya sarankan anda pergi berehat sebentar untuk minum kopi atau milo sebentar sementara proses ini bejalan.
Tapi jangan pergi jauh dari Mac anda kerana selepas installation berakhir, sistem akan reboot semula dan anda perlu keluarkan Installation DVD tadi.

Selepas mengeluarkan DVD tadi, Mac anda akan boot automatik kepada Windows 7, dan installation telah pun selesai. Anda kemudian dikehendaki untuk pilih Language, Keyboard Layout, dan bla bla bla. Langkah-langkah ini agak straight forward, jadi ianya tidak menjadi masalah bagi anda.
Setelah selesai semua perkara bla bla bla itu, Mac anda akan restart sekali lagi (tadi baru je restart lepas install, ni restart lagi ? Erm ha’ah !). Selepas restart, anda boleh mula menggunakan Windows 7 terus.
Apa yang menariknya, anda tidak perlu setup WiFi kerana WiFi akan boleh terus digunakan tanpa memerlukan apa-apa driver untuk di-install. Windows 7 kemudiannya akan mula download updates terbaru untuk Windows 7 anda termasuk video card driver yang lebih better. Biarkan Windows 7 anda melakukan kerjanya.

Setelah selesai Windows 7 melakukan kerja-kerjanya, Mac anda dikendaki untuk restart semula (OMGWTF restart lagi ???? Hahaha tau takpe, kan dah cakap awal-awal tadi proses ni mungkin ambil masa yang panjang. Mana kesabaran anda ? :P)
Untuk restart, simply klik pada Restart Now.

Setelah Windows reboot semula, anda akan perasan resolution kali ini lebih baik daripada sebelumnya dan anda boleh mula setting grafik anda.

Namun, jika anda check pada sound, anda akan dapati tiada sound driver yang telah di-install.

Tetapi tidak mengapa, jangan risau. Kita proceed langkah yang seterusnya ok ?
7. INSTALL SEMULA MAC OSX ANDA
Sewaktu anda membeli Mac anda dahulu, mesti anda tertanya-tanya kenapa ada Mac OSX Installation DVD dalam EVERYTHING ELSE sedangkan Mac anda memang dah install Mac OSX awal-awal lagi. Betul tak ? Haa, pada waktu inilah kita kan gunakan DVD tersebut :)
Langkah untuk install semula Mac OSX anda sangat-sangatlah senang. Pertama sekali, masukkan Mac OSX Installation DVD anda. Kemudian klik pada Run Setup .exe
Note : Jika anda menggunakan Mac OSX Snow Leopard, dan ada mesej pop up yang keluar mengatakan “Remote Install Mac OS X”, close window tersebut dan eject DVD keluar, dan masukkan semula. Kali ini, pilih “Open folder to view files” cari folder BootCamp dan pilih Run Setup .exe.

Boot Camp Installer akan bermula. Klik pada Next untuk mula.

Kemudian pilih pada I accept the terms in the license agreement setelah anda baca kesemua license agreement tersebut (Macam kita semua pernah baca je benda-benda ni semua kan ? Tau-tau je klik I accept hahaha)

Pastikan checkbox pada Apple Software Update for Windows telah anda tick. Kemudian klik Install.

Boot Camp Installer akan mula melakukan kerja-kerjanya. Biarkan dan tunggu sehingga selesai .

Notification pop up akan keluar setiap kali driver sedang di-install.

Setelah selesai install Mac OSX, klik pada Finish.

Akhir sekali, anda diminta untuk restart system anda sekali lagi (AGAIN ??????? Yes, kali ni last, promise !)

8. SETTLE SUDAH !!! :D
That’s it ! Senang bukan ? Tak susah pun nak guna Boot Camp ni, cuma perlu banyak bersabar sebab kena restart banyak-banyak kali hehehe.
Macam mana nak pilih Boot Camp ? Ok, setiap kali anda restart sistem anda, hold button OPTION pada keyboard anda, dan anda boleh pilih Boot Camp mana yang anda mahukan. Windows atau Macintosh HD ?

Note :
- Pada waktu ini, mostly semua hardware pada Mac anda akan compatible sepenuhnya dengan Windows 7. Bagaimana pun, sesetengah iMac dan MacBook Pro perlu update Boot Camp 3.1 untuk Windows. Untuk melakukannya, pergi pada Start > All Programs > Apple Software Updater dan install Boot Camp Update Version 3.1.
- Jika anda masih mempunyai masalah dengan sound pada Windows, anda perlu install Realtek driver. Anda perlu download Realtek driver yang paling latest di http://www.realtek.com/downloads/. Pilih pada link High Definition Audio Codecs (Software), accept License Agreement. Selepas selesai download, run pada Executable. Anda perlu boot Mac anda kepada Windows untuk driver sounds ini berhasil.
So apa lagi ? Tutorial dah ada, Mac OSX pun dah ada, DVD Windows pun. Guna lah Boot Camp anda tanpa ragu-ragu. Insyaallah semuanya berjalan dengan lancar.
Selamat Berjaya semua !
p/s : Bolehlah main game GTA IV ke, Counter Strike ke lepas ni dengan Mac anda. Boleh juga guna Windows Office untuk buat kerja-kerja anda dengan senang hati :)
-Anipz Raymond-






Saya orang pertama~! Saya bootcamp kerana nak main game sahaja manakala pula Mac OS pula digunkan untuk mereka lukisan serta menyunting gambar sahaja~!
good tutorial… rasa mcm nk beli iMac plak… hehe…
Lupa nak bagi tahu, Masa guna Windows7 kenapa tak boleh guna auto brightness macam Mac OS? Selalunya bila tempat gelap screen Macbook mesti auto brightness atau sebaliknya? Kenapa agaknya?
Auto brightness x detect kat windows pnye system.. sbb windows xde system yg terbaik mcm mac..
Dekat hackintosh,susah benar nak buat boot camp ni jadi..emmmmm….
iPad 2 Marathon!!
kalau guna window kan, virus boleh masuk ke?
yup, boleh but then utk reformat windows on mac mmg senang sekali sbb virus mac susah utk effect pada mac. so bila let say file on windows kena virus, u just drag file2 korang kat windows partition n drag ke mac partition. after that u just go back to boot camp and remove windows partition. so ur mac will be fully mac and no windows. after that u just reinstall windows using boot camp mcm di atas =)
nice.. nnti aku ley try wat..
bro.. request wat tutorial mackintosh dlm windows.. heee~ =D
thx sgt2x bro..
untuk makluman semua die nie lebih kurang macam guna virtual box atau vmware la… dalam os ada os lain…
kalu x nak kene virus lebih baik anda menggunakan linux Os conform x der virus..
vmware dgn virtual box tu lain dgn boot camp ni.. boot camp ni time boot system.. yg vmware dgn virtual box tu digunakan dlm setiap os yg tgh digunakan..
virus? klo guna windows mesti kene virus yg penting pandai2 la time nk bukak pendrive or what ever..
to compare parellel and boot camp, boot camp lebih stable sbb it boot up your mac for u to use windows =)
tapi rase tak best pulak,beli imac,..pstu install windows,..baek beli windows terus,…
Alahai~! belilah Windows 7 versi Lanun punyer~! Macam tak pernah pulak beli CD Lanun ni~! :D
kalu pakai pirate nye CD, time dia updates ngan microsoft nye server xde ape2 effect ke?
mantap gile bro!!! i like… rasa nk grab 1 je!!!
jom baca dan komen Jangan terpedaya dengan Lelaki Afrika.
kalau pakai mac ni? boleh ke upgrade ram/graphic card atau sound card?
kalau x boleh x berbaloi la beli mac mahal2.
boleh, hardware sama je dgn mana2 laptop…example my mac RAM using kingston DDR3, so its not a problem :)
klau ader working file, better simpan kt mac partition or windows partition utk sng nk access either pkai mac or wondows?
Aku masih setia dengan window. Kang tukar ke mac os tak pandai guna pulak, technology advance sangat.
Jangn risau, saya jamin tak sampai sehari anda sudah boleh master mac osx…ye lah, nak tuka yg totally something new bukan senang, tapi mac osx memang sangat-sangat senang dan tidak complicated seperti windows…jika anda rasa windows senang dan tidak complicated, lagi lah mudah dan senang untuk mac osx…saya juga seperti anda juga dahulu, setia dengan windows sejak windows92 lagi :)
-sent from my iPhone-
[...] Haisshhh baiklah, selepas apa yang saya terangkan mengenai kerja-kerja Windows dan Mac, ternyata anda adalah seorang pengguna Windows yang hardcore. Boleh ! Anda boleh run Windows pada Mac tanpa sebarang masalah dan tanpa menganggu apa-apa stability sistem dan performace Mac anda. “Bagaimana nak run Windows pada Mac?” Saya sudah membuat tutorial Boot Camp dimana anda boleh membahagikan kapasiti hard drive anda dengan beberapa langkah yang mudah. Anda boleh membacanya disini : http://ohapplemy.com/install-windows-pada-mac-boot-camp-tutorial/ [...]
masih memerlukan windows?.. apa ni… PC ada tak yang tersedia os mac? soalan budak jakun!..
Just nak tanya, apa beza or kelibihan yang ada pada Parallel compare dgn yg free mcm VirtualBox tu? Thanks
Ok, ni pandangan saya:
Kita adakala memerlukan utk memakai Windows bukanlah kerana ingin sangat guna windows tetapi adakalanya ia tidak dapat dielakkan. Contoh seperti saya yang bekerja di agensi kerajaan. Sistem pengurusan diri dan kerjaya di agensi kerajaan seperti permohonan cuti, sasaran kerja tahunan dan sebagainya kini dilakukan secara online melalui sistem HRMIS.
Tetapi, oleh kerana pembekal sistem tersebut pada saya mungkin kolot dan terlalu setiap pada windows, sistem tersebut hanya boleh di run pada browser Internet Explorer sahaja. Even guna firefox dan chrome tidak boleh apetah lagi di safari.
Oleh itu, cara seperti bootcam, virtualbox, parallel dan sebagainya membantu org seperti saya menyelesaikan masalah ini. Saya prefer guna virtualbox kerana ia percuma dan boleh terus guna di Mac OS X.. Abes sahaja update di HRMIS, saya tutup semula windows xp di vitrual box dan guna mac OS X sepenuhnya utk membuat kerja
Sekian..
err.. bro… juz nak tnya skit.. in case kalau nak install windows dalam mac.. kena pakai cd yg ori ke?… yg pirate punya x leh?..
salam bro,nak tanya skit…kalo aq nak install semula windows kt mac,sebab windows nye memory skkit sangat bole x…samada terus install atau pun kena remove windows nye bootcamp dulu
thanks..
anipz,kalau yang dekat step no 7 tu,kalau kita pakai os lion macamana pula??os lion kan tak datang dengan cd os installation ni??camana camana??
Sy pn nktnya sokln yg sama
Sy pn nktnya sokln yg sama..,
salam, nak tanya, sy guna boot camp window 7, tapi tak boleh nak guna button FN + F1 (F2, F3 and so on).. right click pon tak boleh, and tak boleh click by tapping, haritu ada duk uninstall benda2 ni, au tak sebab apa jadi gitu ek?
Plus what to do kalau cursor dia bergerak2 sendiri merata2 eh??
TQ.
sya p0n masalah yang sama mecamna menyelasaikan masalah ini dila, sya dh tekan butang mana2 p0n x bleh!!!!!
apa beza windows 32 bit ngan 64 bit?
apa beza windows 7, 32 bit dgn 64 bit
salam masalah on je let0p macbook terpapar BOOTMGR is missing
Press Ctrl+Alt+Del to restart
ikut arahan p0n x boleh..c0z nk menelasaikan masalah ini ape yang harus sya klik klu nak memulakan uninstall tekan pada butang ape?????plzzzzz tlg jawab………