Apa khabar semua ? Kali ini Anipz akan menunjukkan kepada semua pengguna Mac OSX Leopard/Snow Leopard bagaimana untuk setup Time Machine masing-masing :) Kebanyakan Mac user sudah biasa dengan icon (Time Machine) tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana untuk setup, apatah lagi menggunakannya. Untuk tutorial setup penuh, jangan segan-silu untuk teruskan membaca :) APA ITU [...]
Apa khabar semua ? Kali ini Anipz akan menunjukkan kepada semua pengguna Mac OSX Leopard/Snow Leopard bagaimana untuk setup Time Machine masing-masing :)

Kebanyakan Mac user sudah biasa dengan icon
(Time Machine) tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana untuk setup, apatah lagi menggunakannya. Untuk tutorial setup penuh, jangan segan-silu untuk teruskan membaca :)
APA ITU TIME MACHINE ?
Time machine adalah satu application yang sedia ada dalam setiap Mac OSX 10.5 Leopard / 10.6 Snow Leopard. Ia berfungsi sebagai backup dimana ia akan membuat copy segala benda yang ada didalam Mac anda setiap jam ! Jika anda terdelete sesuatu fail, anda masih boleh restore-nya semula dengan senang. Sebagai contoh, anda telah delete kerja assignment anda kerana tidak lagi memerlukannya, tetapi andai kata beberapa hari kemudian anda memerlukannya semula, Time Machine sedia mencari fail tersebut didalam storage-nya. Simple !
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK SETUP TIME MACHINE ?
- Komputer Mac
- Mac OSX 10.5 Leopard / 10.6 Snow Leopard
- External Hard Drive / Apple Time Capsule
Note : Anda boleh memilih untuk menggunakan external hard drive jenama luar yang compatible dengan Mac ataupun menggunakan Apple Time Capsule, tidak ada masalah.
APA PULA TIME CAPSULE TU ?
Time Capsule adalah sebuah external hard drive keluaran Apple yang menggunakan wireless ataupun secara LAN untuk connect. Time Capsule juga bertindak sebagai Wireless Base Station di rumah anda. Sebuah Time Capsule boleh digunakan untuk beberapa Mac yang berada didalam network-nya. Kapasiti Time Capsule terdiri daripada 1TB dan 2TB. Harga bagi Time Capsule adalah RM 1,099.00 (1TB) dan RM 1,799.00 (2TB) . Mahal kan ? Tetapi anda perlu ingat bahawa Time Capsule adalah gabungan antara external hard drive dan juga wireless base station, 2 dalam 1.
Apple Time Capsule :-

1x Time Capsule untuk beberapa Mac didalam network-nya :-

Time Capsule sebagai Wireless Base Station (Dual Band Wireless 802.11b/g at 2.4GHz & 802.11n at 5Ghz) :-

Note : Jika tidak berkemampuan untuk memiliki Time Capsule, usah khuatir kerana anda juga masih boleh menggunakan external hard drive jenama lain yang jauh lebih murah dan berkapasiti lebih besar. Perlu diingatkan, ianya mestilah compatible dengan Mac.
1. AYUH, MARI MULAKAN ! PLUG IN HARD DRIVE ANDA

Disini saya menggunakan external hard drive. Saya percaya rata-rata pembaca tidak mampu untuk memiliki Time Capsule, termasuklah saya T_T insyaallah, satu hari nanti…
2. OPEN TIME MACHINE APPS

Icon Time Machine sepatutnya berada diatas Dock anda.
3. SETUP LOKASI STORAGE TIME MACHINE ANDA

Time Machine perlu tahu drive mana yang anda akan gunakan untuk backup nanti. Klik “Set Up Time Machine”.
4. PILIH BACKUP DISK ANDA

Sekarang, anda perlu pilih drive yang anda akan gunakan untuk Time Machine. Klik pada “Choose Backup Disk…”
5. PILIH HARD DRIVE ANDA

Jika anda ada lebih daripada satu hard drive, anda akan lihat kesemuanya disini.
(1) Pilih drive yang anda akan gunakan untuk Time Machine.
(2) Setelah berpuas hati, klik pada “Use for Backup”.
6. TIME MACHINE SETTINGS

Time Machine telah bersedia untuk backup !
(1) Time Machine On/Off. Sekarang slider Time Machine adalah pada ON.
(2) Kaunter kiraan untuk backup seterusnya. Apabila saat mencecah kosong (0), Time Machine akan mula copy fail-fail dalam Mac anda kepada external hard drive yang baru.
Note : Anda boleh slide kepada OFF sebelum Time Machine mula untuk backup selagi kaunter pengiraan belum mencecah kosong (0). Jika anda mengizinkannya mececah kosong (0), Time Machine akan mula untuk backup – dinasihatkan supaya tidak menggunakan Mac anda buat masa ini.
7. BACKUP BERMULA

Setelah kaunter pengiraan “Next Backup” mececah kosong (0), backup fail akan bermula secara automatik.
(1) Backup progres bar akan muncul pada pop up.
(2) Backup progres juga akan muncul pada Time Machine preferences.
Note : Progres ini akan memakan masa yang agak lama. Seperti yang dilihat di dalam gambar diatas, terdapat 61.9 GB data untuk di-transfer-kan kepada external hard drive yang baru. Ini akan mengambil masa beberapa jam untuk selesai. Jika anda mempunyai data yang lebih banyak untuk di-transfer, anda akan mengambil masa yang lebih panjang. Juga, anda akan merasa Mac anda akan slow sedikit buat seketika sepanjang backup progres berlaku. Jadi, apa perlu anda lakukan ? Pergi lah menonton movie atau TV…ataupun berjalan-jalan menghirup udara yang segar sementara menunggu Mac anda. Anda boleh matikan backup tersebut dengan klik pada icon “X” diatas nombor (3) didalam gamba diatas.
8. TIME MACHINE – WARNA HIJAU

Anda mungkin perasan icon hard drive anda bertukar menjadi warna hijau (sweet ! :D) dan terdapat logo Time Machine diatasnya (double sweet !! ^^)
9. OPTIONAL TIME MACHINE SETTINGS

(1) (optional) Klik pada check box disebelah “Click the lock to prevent further changes” untuk memastikan tiada sesiapa yang boleh meng-edit Time Machine Preferences anda. Selepas ianya di-locked, anda memerlukan password untuk membukanya untuk membuat sebarang perubahan keatasnya. Pastikan anda ingat password nya sebelum locked !
(2) (optional) Klik pada check box disebelah “Show Time Machine status in the menu bar”. Cuba teka apa akan terjadi ? Semestinya ia akan menunjukkan status Time Machine and di menu bar.
(3) Klik pada (?) untuk Help.
10. TIME MACHINE SUDAH READY TO ROCK !!
Selepas backup Time Machine selesai buat pertama kali, anda sudah boleh duduk relax kerana kesemua data anda telah berjaya diselamatkan ! :) Untuk melihat data yang telah di-backup tadi, klik pada icon
(Time Machine) pada Dock anda. Dan untuk mengubah setting Time Machine anda, klik pada icon
(System Preferences) – juga pada Dock anda.
Time Machine Apps :- Search / Scroll mengikut jam atau tarikh untuk mengakses fail-fail anda. Ingat, Time Machine akan copy semua data anda setiap jam.

So kawan-kawan serta pembaca semua, begitulah caranya untuk setup Time Machine anda. Harap tutorial ini dapat membantu anda semua, dan jika terdapat sebarang kekeliruan atau masalah, jangan pendam, anda boleh bertanya pada ruangan komen dibawah. Untuk info lebih lanjut boleh dapati di : http://support.apple.com/kb/HT1427
Terima Kasih kerana sudi membaca, :)
-Anipz Raymond-
update : saya jumpa satu video yang sangat bagus mengenai Time Machine :)







nice tut0..love this 1 sng nk backup citer blue..hahaha
adess… =.=
adakah Time Capsule apple tu hanya untuk apple mac sahaja?laptop lain boleh ke?
Laptop selain daripada Mac boleh backup tapi mungkin bukan backup secara wayarles.
Sumber:
http://store.apple.com/my/product/MC343ZP/A/Time-Capsule-1TB?fnode=MTY1NDA0Nw&mco=MTMzODAzMjg
Boleh ! Anda boleh simpan data-data kedalam Time Capsule secara LAN ataupun wireless. Time Capsule adalah wireless external hard drive dan ia juga adalah sebuah Wireless Base Station !
Tetapi bagi komputer selain Mac, feature Time Machine tidak disokong.
style gila bak hangggg
jom baca dan komen Batu Hidup – Batu Nisan itu hidup
jom baca dan komen Concept Phone Blackberry Empathy.
Jenama External Hardrive apa yang boleh sokong firewire? Sebab Firewire lagi laju daripada USB 2.0 :D
Kalau katakan saya backup seberat 150GB berapa lama masa kena tunggu kalau guna FireWire? USB pula? :D
Saya percaya terdapat pelbagai jenama external hard drive diluar sana yang support Fire Wire dan USB 2.0, malah USB 3.0 pun ade…
apa yang saya tahu, jenama LaCie dan Seagate ada model yang support spec input/output seperti itu…
untuk jangka masa backup, ia tidak dapat dianggarkan. tertakluk kepada saiz data, dan kelajuan Mac anda :)
Kalau gunakan USB 3.0, adakah kelajuan seperti 3.0 walaupun USB adapter masih lagi 2.0? Sebab ada orang cakap, kalau nak rasa kelajuan USB 3.0,kena tukar USB adapter 2.0 kepada 3.0. Adakah Mac Book Pro sokong kelajuan 3.0? Terima kasih! :D
saya tidak berani utk memberi sebarang komen mengenai tukar adapter 2.0 kepada 3.0 utk merasa kelajuan 3.0, tetapi secara logiknya begitu lah :D
MBP tidak mempunyai 3.0 port, hanya lah sekadar 2.0…tetapi MBP mempunyai apa yang dipanggil Thunderbolt port. Ini menunjukkan initiatif Apple utk cuba rid off USB port pada masa akan datang dan terus menggunakan Thunderbolt.
Info mengenai kelajuan :
USB 2.0 – up to 480 MB/s
USB 3.0 – up to 4800 MB/s @ 4GB/s
Fire Wire – up to 800MB/s
Thunderbolt – 10GB/s
Hardware kene ade cip controller USB 3.0 kalau nak dptkan kelajuan USB 3.0
Kbanyakan vendor motherboard mcm ASUS dah integratekan sekali controller USB 3.0 utk motherboard latest diorang. Cip controller yg selalu digunakan daripada Renesas Electronics (NEC) ngan Marvell. Mcm MBP ade thunderbolt. Thunderbolt jugak ade cip controller yg t’sendiri. Mane2 hardware yg sertakan cip controller thunderbolt bole jugak dptkan speed thunderbolt tp buat masa skrg hanya Apple yg gune teknologi ni utk MBP diorang.
Kelajuan sebenarnya bukan MB/s [Megabyte per second] tp Mbps [Megabit per second]
ade beza antara dua tuh
1 Byte = 8 Bit
Kelajuan teori [theoretical bandwith]:
USB 2.0 [High Speed] : 480 Mbps = 60 MB/s
USB 3.0 [Super Speed] : 5 Gbps/5000 Mbps = 625 MB/s
Firewire 400 : 400 Mbps = 50 MB/s
Firewire 800 : 800 Mbps = 100 MB/s
Thunderbolt : 10 Gbps/10000 Mbps = 1250 MB/s
Kejap, Time Capsule ramai orang complain sebab Time Capsule ni tak boleh tahan lama. Guna 1-2 tahun sahaja, dah tak boleh guna. Macam bateri. :(
Kalau nak bukti kat sini:
http://store.apple.com/my/product/MC343ZP/A/Time-Capsule-1TB?fnode=MTY1NDA0Nw&mco=MTMzODAzMjg
Betul ! ini kerana Time Capsule is a combination of external hard drive and wifi modem, remember ? Tetapi ia juga menjimatkan elektrik. Anda pilih yang mana bagus untuk penjimatan elektrik : seperate external hard drive and wifi modem or both in one unit ? jangka hayat 1-2 tahun itu lama sebenarnya.
Dinasihatkan supaya switch off both your Mac and Time Capsule apabila anda mahu tidur malam ataupun mahu meninggalkan rumah. Penggunaan secara berterusan semestinya akan memendekkan jangka hayat sesuatu barangan elektrik akibat terlalu panas, betul tak ?
Sayangnya.. Tapi apapun, terima kasih!
I bookmarked this link. Thank you for good job!
Great work, webmaster, nice design!
Great .Now i can say thank you!
I want to say – thank you for this
Perfect work!
Sape2 yg ade guna paragon NFTS for mac tu, kasi turn off itu driver dulu ye…
Mmm… Mmg mahal, rasa mcm tak berbaloi plak hanya utk backup jer…
Antara alternative yg saya nmpk ialah Seagate GoFlex Home Storage Network System
http://www.seagate.com/www/en-us/products/network_storage/home-network-storage/
Just plugin GoFlex Home ni kt wireless router, install software yg diberi dah siap.
Boleh digunakan oleh Pc dan Mac… Autoback lagi. Tp up to 3 computer je. Tu yg kureng skit.
kebanyakan pengguna mac mmg gunakan ini sebagai time capsule mereka :)